Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan lra Bukit Tampoi masing-masing dihenti tugas sementara bermula jam 6.15 pagi dan 11.30 pagi Selasa.
Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, henti tugas sementara itu susulan insiden pencemaran yang telah dikesan di muka sauk stesen pam air mentah Jenderam Hilir.
Berikutan henti tugas dua lra itu, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 3 petang hari ini.